KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Knowledge Integration Services (KIS Group) memeterai perjanjian dengan Shell Eastern Trading (Pte) Ltd bagi membekalkan gas asli cecair bio (Bio-LNG) kepada Shell bermula 2027 bagi proses regasifikasi dan pengedaran pelanggan di Singapura.
KIS, penyedia penyelesaian biometana global dan tenaga bersih, dalam satu kenyataan hari ini berkata perjanjian itu menandakan fasa pertama bagi rangka kerja strategik untuk memenuhi peningkatan permintaan bagi pemerangkapan metana dan gas asli boleh baharu (RNG).
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif K. R. Raghunath berkata kerjasama itu dijangka dapat mencapai keperluan penyahkarbonan kalangan pelanggan di Singapura.
"Kami menantikan peluang untuk mengembangkan lagi kerjasama strategik ini," kata beliau.
Sementara itu, Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan Baharu Shell Energy Asia Aditya Gupta berkata menerusi gabungan kepakaran kedua-dua pihak, mereka dapat membantu Singapura dan rantau ini mencapai matlamat iklim masing-masing.
“Kerjasama ini mencerminkan komitmen kami dalam menyediakan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan mampan bagi menyokong pelanggan dalam peralihan tenaga mereka,” katanya.
Bio-LNG ialah sumber tenaga boleh baharu yang dihasilkan daripada sisa organik, dan menawarkan alternatif LNG yang lebih bersih dengan pengurangan pelepasan karbon.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial