DUNIA

China, AS Capai Konsensus Mengenai Perdagangan, TikTok

17/09/2025 12:03 AM

MADRID, 16 Sept (Bernama-CMG) -- Delegasi China dan Amerika Syarikat (AS) telah berkomunikasi secara  berterus terang, mendalam dan konstruktif berdasarkan prinsip saling menghormati dan sama rata mengenai isu ekonomi dan perdagangan yang menjadi perhatian bersama, termasuk isu TikTok dari 14 hingga 15 September.

Kedua-dua pihak menyedari bahawa hubungan ekonomi dan perdagangan yang stabil antara China dan AS bukan sahaja signifikan bagi kedua-dua negara, malah juga amat penting terhadap kestabilan dan pembangunan ekonomi global.

Demikian kata wakil perundingan perdagangan antarabangsa merangkap Naib Menteri Perdagangan China Li Chenggang dalam sidang taklimat di sini, pada Isnin.

Beliau berkata, China dan AS telah mencapai konsensus rangka asas mengenai cara menyelesaikan isu TikTok melalui kerjasama, pengurangan halangan pelaburan, dan promosi kerjasama ekonomi dan perdagangan.

Mengenai isu TikTok, Li menegaskan bahawa China secara konsisten menentang langkah mempolitikkan, memperalatkan dan mempersenjatakan isu sains dan teknologi serta ekonomi dan perdagangan.

Dalam sidang taklimat berkenaan, Naib Ketua Pengarah Pentadbiran Ruang Siber Negara China, Wang Jingtao berkata, kedua-dua pihak China dan AS telah mencapai konsensus asas berdasarkan keinginan perusahaan dan peraturan pasaran, mengenai penyelesaian isu TikTok melalui cara-cara seperti operasi amanah data pengguna TikTok di AS dan urus niaga keselamatan kandungan, serta lesen hak penggunaan harta intelek seperti algoritma.

Kerajaan China akan menyemak dan mengesahkan hal-hal berkaitan TikTok seperti eksport teknologi dan lesen hak penggunaan harta intelektual dan sebagainya.

– BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan