AM

Tanggal 16 September Cerminan Kisah Perjuangan Negara Bangsa - Ramanan

15/09/2025 08:58 PM

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Sambutan Hari Malaysia 2025 perlu diraikan dengan penuh semangat patriotisme bagi menzahirkan kesyukuran terhadap perjalanan panjang negara yang dibina atas keberanian, kepelbagaian dan perpaduan.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R. Ramanan berkata tanggal 16 September bukan sekadar catatan dalam kalendar, sebaliknya mencerminkan kisah perjuangan membina sebuah negara bangsa yang bersatu di bawah Jalur Gemilang.

“Hari ini kita berdiri sebagai rakyat Malaysia yang lahir daripada keberanian, dibesarkan dengan kepelbagaian dan disatukan di bawah naungan Jalur Gemilang yang megah.

“Keunikan Malaysia terletak pada kepelbagaian yang kita miliki. Daripada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Orang Asli dan seluruh kaum lain, kita membuktikan bahawa perbezaan bukan pemisah tetapi kekuatan yang menjadikan Malaysia unik dan luar biasa,” katanya menerusi kenyataan hari ini.  

Ramanan berkata Hari Malaysia adalah cerminan semangat yang tidak pernah mengalah, tekad yang sentiasa percaya pada harapan serta perpaduan yang kekal teguh biarpun diuji dengan cabaran dan cubaan perpecahan.

“Saya anak Malaysia. Kita semua anak Malaysia. Inilah tanah air kita, inilah identiti kita. Selagi Jalur Gemilang berkibar, selagi itu perpaduan dan semangat Malaysia akan terus hidup dalam jiwa kita.

“Bendera Malaysia, bendera kita bersama. Selamat Hari Malaysia 2025!” menurutnya. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan