AM

27 Set Generator Dioperasikan Di Pantai Timur Sabah - Sabah Electricity

15/09/2025 06:07 PM

KOTA KINABALU, 15 Sept (Bernama) -- Sebanyak 27 unit set generator (bergerak dioperasikan di beberapa lokasi utama di Pantai Timur Sabah sebagai langkah susulan memulihkan bekalan elektrik.

Sabah Electricity Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan set generator itu ditempatkan di Beluran, Kinabatangan, Sandakan, Semporna, Tawau, Lahad Datu serta Telupid agar bekalan elektrik sementara dapat dibekalkan.

“Masing-masing tujuh set generator digerakkan ke Beluran dan Kinabatangan manakala empat di Sandakan, empat lagi di Semporna, satu di Telupid dan masing-masing dua di Tawau serta Lahad Datu.

“Set generator berkenaan ditempatkan di lokasi strategik seperti hospital, ibu pejabat polis daerah, loji air, balai bomba dan sekitarnya, set generator tambahan juga akan dipasang bagi menampung keperluan bekalan elektrik,” menurut kenyataan itu.

Sabah Electricity turut menghargai kesabaran dan pemahaman pengguna sepanjang tempoh pemulihan bekalan elektrik di kawasan terlibat.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan