BEIJING, 15 Sept (Bernama-CMG) -- Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2025 melabuhkan tirainya di Taman Shougang Beijing, pada Ahad.
CIFTIS merupakan platform komprehensif bertaraf antarabangsa yang mengkhususkan perdagangan perkhidmatan.
Bertemakan "Embrace Intelligent Technologies, Empower Trade in Services", CIFTIS 2025 memfokuskan kecenderungan pembangunan perdagangan perkhidmatan ke arah lebih digital, pintar dan mesra alam.
Sempena pameran edisi ini, Sidang Kemuncak Perdagangan Perkhidmatan Global dan sembilan pameran turut diadakan.
Pada masa sama, sebanyak 13 forum tema, 81 forum khas dan 75 sesi promosi turut diadakan, menarik penyertaan kira-kira 2,000 perusahaan secara fizikal dan 5,600 perusahaan secara dalam talian.
Menurut pihak penganjur, lebih 900 dokumen perjanjian dimeterai, meliputi sektor pembinaan, teknologi maklumat, kewangan dan lain-lain.
Difahamkan, bermula tahun ini, CIFTIS akan berlangsung di Taman Shougang Beijing untuk selama-lamanya.
–BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial