KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat meninjau keadaan perairan di Johor meskipun hujan lebat sejak pagi.
Menerusi hantaran di Facebook rasmi Seri Paduka Baginda, Sultan Ibrahim mengemudi sendiri bot dari Jeti DiRaja Stulang Laut sebelum menuju ke perairan Kota Tinggi.
“Keberangkatan Seri Paduka Baginda itu mencerminkan keprihatinan mendalam terhadap aspek keselamatan serta kesejahteraan rakyat khususnya nelayan yang bergantung kepada laluan perairan sebagai sumber rezeki, pengangkutan dan kegiatan harian,” menurut hantaran itu.
Hantaran itu juga memuat naik beberapa gambar yang merakam keberangkatan Seri Paduka Baginda ketika meninjau kawasan perairan berkenaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial