DUNIA

CAEXPO Ke-22 Terserlah Dengan Penglibatan 39 Bandar Kembar Dengan Guangxi

12/09/2025 02:27 PM

NANNING, 12 Sep (Bernama-CMG) -- Demi memacu peningkatan dan perkembangan Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) serta terus membina platform kerjasama "Bandar Kembar + Perdagangan dan Ekonomi" dengan memanfaatkan sepenuhnya sumber yang serasi, pihak penganjur CAEXPO edisi ke-22 akan terus menganjurkan aktiviti "Bandar Kembar Antarabangsa dengan Guangxi Tampil di CAEXPO".

Buat masa ini, persiapan bagi zon pameran berjalan lancar dan sebanyak 39 bandar kembar, bandar pertukaran persahabatan atau pertubuhan persahabatan dari 19 negara mendaftar untuk pameran kali ini.  

CAEXPO ke-22 berkeluasan hampir 600 meter persegi itu merangkumi ruang pameran utama untuk Wilayah Autonomi Guangxi, serta Zon Pameran 'Bandar Mempesona' Perak (Malaysia), Zon Pameran 'Bandar Mempesona' Sihanoukville (Kemboja) dan zon pameran Wilayah KwaZulu-Natal (Afrika Selatan).

Ia bakal menonjolkan pencapaian Guangxi dalam pertukaran dengan pelbagai bandar kembar, aplikasi kecerdasan buatan (AI) dalam pertukaran terbabit, pencitraan pelbagai bandar kembar, serta produk warisan masing-masing.

Sepanjang tempoh CAEXPO 2025, pihak penganjur juga akan menganjurkan program promosi dan pertukaran untuk pempamer bandar kembar bagi menggalakkan kerjasama dalam pelbagai bidang dan memperhalusi pelaksanaan projek-projek terbabit.

Untuk rekod, Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-22 serta Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) bakal berlangsung di bandar Nanning wilayah Guangxi pada 17 hingga 21 Sept.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan