JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki, Wanita Ditemukan Maut Dipercayai Dibunuh Di Guar Chempedak

12/09/2025 10:36 AM

ALOR SETAR, 12 Sept (Bernama) -- Seorang lelaki dan wanita ditemukan maut dengan kesan tikaman pada bahagian badan dipercayai dibunuh di Taman Nona, Guar Chempedak, dekat Yan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Yan Supt Mohamad Hamizi Abdullah berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada 9.40 malam. 

"Kejadian membabitkan seorang lelaki berumur 30 tahun dan seorang wanita berusia 28 tahun yang ditemukan mati dengan kesan kecederaan pada badan akibat ditikam dengan menggunakan senjata tajam. 

"Wanita itu ditemukan di tempat duduk hadapan penumpang kereta Proton Wira di hadapan sebuah rumah manakala lelaki berkenaan ditemukan dalam keadaan tertiarap di atas jalan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya masih menjalankan siasatan tentang hubungan antara wanita dengan lelaki terbabit.

"Kita sedang dalam usaha mengenal pasti suspek yang terlibat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, di sini untuk tindakan lanjut," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan