AM

Kerjasama Strategik Pihak Industri, Institusi Pendidikan Pacu Agenda Pendigitalan Negara

11/09/2025 10:43 PM

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Kerjasama strategik antara pihak industri dan institusi pendidikan dapat memacu agenda pendigitalan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mengambil contoh kerjasama antara Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Holdings, Viztech, BytePlus serta rakan teknologi Digital One Solution yang dimeterai hari ini, beliau berkata kerjasama itu akan memperkukuh agenda transformasi digital dan pembangunan kecerdasan buatan (AI).

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata kerjasama strategik itu turut selari dengan aspirasi kerajaan untuk memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai teras pembangunan bakat negara.

“Insya-Allah, melalui kolaborasi ini, lebih banyak peluang akan diwujudkan untuk memperkaya kurikulum TVET dengan teknologi baharu, memberikan pendedahan industri yang relevan kepada pelajar dan melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang mampu memenuhi tuntutan ekonomi digital,” katanya menerusi hantaran di Facebook, malam ini. 

Terdahulu, Ahmad Zahid menyaksikan Majlis Strategic Partnership Exchange antara UniKL, UiTM Holdings menerusi Neura Sdn Bhd, Viztech, BytePlus serta Digital One Solution di Menara MARA di sini, petang tadi.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang menjayakan inisiatif itu dan mendoakan semoga kerjasama tersebut terus membawa manfaat besar kepada pembangunan modal insan dan kemajuan ekonomi negara.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan