Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih tinggi, disokong oleh jangkaan permintaan kukuh terhadap komoditi itu menjelang musim perayaan pada bulan depan.
Peniaga minyak sawit David Ng berkata India yang lazimnya melakukan pembelian awal sempena perayaan Deepavali, telah memulakan usaha menambah stok simpanannya awal tahun ini sebagai persiapan itu.
“Kami mengunjurkan paras sokongan pada RM4,400 satu tan manakala rintangan pada RM4,580 satu tan,” katanya kepada Bernama.
Pada akhir urus niaga, kontrak bulan semasa September 2025, Oktober 2025 menokok RM43 kepada RM4,383 dan RM4,415 manakala November 2025 meraih RM41 kepada RM4,454.
Kontrak Disember 2025 naik sebanyak RM35 kepada RM4,481 satu tan, Januari 2026 menokok RM31 kepada RM4,494 manakala Februari 2026 meningkat RM25 kepada RM4,484.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 64,358 lot daripada 87,050 semalam manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 256,725 kontrak daripada 254,559 sebelum ini.
Harga fizikal MSM bagi September Selatan menambah RM60 kepada RM4,450 satu tan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial