Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini para peniaga bimbang terhadap kadar eksport yang lemah berikutan laporan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menunjukkan prestasi eksport Ogos yang kurang memberangsangkan.
Pedagang minyak sawit David Ng berkata penurunan dalam harga minyak kacang soya juga telah menjejaskan sentimen pasaran.
"Kami melihat sokongan pada paras RM4,350 dan rintangan pada RM4,520 setan," katanya kepada Bernama.
MPOB melaporkan bahawa eksport minyak sawit negara menurun sebanyak 0.29 peratus atau 1.32 juta tan pada bulan lepas berbanding dengan 1.33 juta tan semasa bulan sebelumnya.
Bagaimanapun, pengeluaran MSM Malaysia melonjak 2.35 peratus dari bulan ke bulan kepada 1.1.86 juta tan pada Ogos daripada 1.81 juta tan yang disaksikan pada Julai lepas.
Pada penutup, kontrak bulan semerta September 2025 turun RM48 kepada RM4,340, Oktober 2025 susut RM62 kepada RM4,372, manakala November 2025 serta Disember 2025, masing-masing jatuh kepada RM4,413 dan RM4,446.
Sementara itu, kontrak Januari 2026 merosot sebanyak RM62 kepada RM4,463 dan Februari 2026 berkurangan sebanyak RM62 kepada RM4,459.
Jumlah dagangan naik kepada 87,050 lot berbanding 46,854 yang dicatatkan semalam, manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 254,559 kontrak daripada 252,265 sebelum ini.
Harga MSM fizikal untuk September Selatan adalah RM10 lebih rendah kepada RM4,390 setan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial