KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, menjejaki peningkatan di pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat.
Pada penutup dagangan, kontrak September 2025 meningkat kepada US$3,622.30 setiap auns troy daripada US$3,552.50 ketika ditutup pada Khamis.
Kontrak Oktober 2025 mengukuh kepada US$3,635.30 setiap auns troy daripada US$3,570.30, November 2025 naik kepada US$3,652.10 daripada US$3,587.10, dan Disember 2025 meningkat kepada US$3,672.70 daripada US$3,607.50 sebelumnya.
Pada masa sama, kontrak Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 ditutup lebih tinggi pada US$3,672.70 setiap auns troy berbanding US$3,607.50 sebelumnya.
Jumlah dagangan susut kepada 103 lot daripada 252 lot minggu lepas, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 148 kontrak daripada 292 kontrak sebelumnya.
Harga emas fizikal berada pada US$3,594.55 setiap auns troy berdasarkan penetapan London Bullion Market Association pada 5 Sept, 2025.
Bursa Malaysia ditutup pada Jumaat lepas sempena cuti umum Maulidur Rasul.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial