KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur pada Isnin.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semasa September 2025 dan Oktober 2025, masing-masing pada 1,568.0 dan 1,565.0.
Disember 2025 meningkat 0.5 mata kepada 1,559.0, manakala Mac 2026 turun 0.5 mata kepada 1,541.0.
Jumlah dagangan meningkat kepada 4,945 lot daripada 3,440 lot pada Khamis lepas manakala kepentingan terbuka menokok kepada 40,520 kontrak daripada 38,740 kontrak sebelum ini.
Pada 5 petang, FBM KLCI naik 7.44 mata kepada 1,585.59 daripada 1,578.15 semasa ditutup pada Khamis minggu lepas.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial