KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Atlet wushu negara Lee Jia Rong, menampilkan aksi cemerlang apabila meraih emas keempat pada hari keempat Kejohanan Dunia ke-17 yang berlangsung di Brasilia, Brazil pada Sabtu.
Jia Rong yang turun beraksi dalam acara Daoshu, berjaya meraih 9.726 mata untuk emas pertamanya di Kejohanan Dunia.
Meskipun berkongsi mata yang sama dengan atlet Hong Kong Michelle Yeun, Jia Rong berada di kedudukan pertama selepas menampilkan darjah kesukaran yang lebih tinggi berbanding lawannya.
Gangsa acara itu dimenangi atlet Jepun Kana Ikeuchi yang meraih 9.723 mata.
Untuk rekod ini merupakan pingat kedua Jia Rong di kejohanan itu selepas meraih gangsa dalam acara gunshu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial