SUKAN

Hajat Sivasangari Ke Pentas Akhir Klasik London Tersekat

07/09/2025 08:26 AM

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Hajat jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari melangkah ke pentas akhir bagi mempertahankan kejuaraan Klasik London tersekat, apabila tewas kepada pemain ranking kelima dunia dari Mesir Amina OrfI pada Sabtu.

Pada perlawanan separuh akhir kejohanan Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) berstatus emas di Alexandra Palace, London, Sivasangari ditunjukkan jalan keluar selepas kalah 7-11,7-11, 11-7, 5-11 dalam tempoh 68 minit.

Ia kemenangan kelima Orfi sepanjang enam pertemuan menentang Sivasangari, yang menghuni ranking kelapan dunia itu.

Kali terakhir Sivasangari tewas kepada pemain sama ialah pada peringkat suku akhir Terbuka British, Jun lepas.

Dalam pada itu, nasib sama menimpa pemain skuasy lelaki negara Ng Eain Yow, apabila tewas kepada pemain nombor tiga dunia dari New Zealand Paul Coll 3-11, 5-11, 7-11.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan