SUKAN

Skuad Wushu Negara Tambah Dua Pingat Emas Di Kejohanan Wushu Dunia Ke-17

06/09/2025 12:13 PM

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- Skuad wushu negara menambah dua lagi pingat emas pada hari ketiga Kejohanan Wushu Dunia Ke-17 di Brasilia, Brazil, pada Jumaat.

Dalam aksi di Ulysses Guimarães Convention Center, atlet wushu wanita, Tan Cheong Min menyumbang emas dalam acara Nangun selepas mengumpul 9.746 mata, sekali gus mengatasi wakil Taiwan, Chao Tang Hsuan (9,723) yang meraih pingat perak, manakala wakil Korea Selatan, Siwoo Byun membawa pulang pingat gangsa dengan 9,710 mata.

Satu lagi emas negara disumbangkan oleh atlet lelaki, Si Shin Peng yang mengungguli acara Jianshu dengan 9.746 mata.

Chin Ka Hou dari Macau meraih perak dengan 9.736 mata, sementara wakil Hong Kong, Chen Jinsong memperoleh gangsa selepas mencatat 9.733 mata.

Semalam, Shin Peng menghadiahkan emas pertama Malaysia pada kejohanan itu menerusi acara Qiangshu.

Selepas tiga hari saingan di Brazil, Malaysia kini mengumpul tiga emas, satu perak dan satu gangsa.

Semalam, Shin Peng menghadiahkan emas pertama Malaysia di kejohanan itu menerusi acara Qiangshu.

Selepas tiga hari saingan di Brazil, Malaysia kini mengumpul tiga emas, satu perak dan satu gangsa.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan