DUNIA

Prabowo Lakukan Lawatan Singkat Ke Beijing Selepas Ditangguh Akibat Isu Dalaman

03/09/2025 11:37 AM

Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar

JAKARTA, 3 Sept (Bernama) -- Presiden Indonesia Prabowo Subianto berlepas dari Jakarta ke Beijing pada malam Selasa bagi memenuhi undangan rasmi Presiden China Xi Jinping, selepas menangguhkan perjalanan itu sebelum ini kerana isu dalaman.

Pesawat yang membawa Prabowo berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Halim Perdanakusuma sekitar 10 malam waktu tempatan. 

Setiausaha Negara Prasetyo Hadi menjelaskan bahawa presiden memutuskan untuk berlepas ke Beijing malam tadi bagi mengekalkan hubungan baik dengan China dan dijadual pulang ke tanah air malam ini.

“Undangan Presiden Xi telah ditetapkan pada 31 Ogos, namun Presiden Prabowo menangguhkan keberangkatannya selepas mempertimbangkan keadaan dalam negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Beijing menjemput presiden untuk menghadiri sambutan ulang tahun ke-80 serta perbarisan ketenteraan.

Menurut Prasetyo, Prabowo dijangka bertemu beberapa pemimpin dunia termasuk Xi sepanjang lawatan itu, yang diyakini membawa hasil positif bagi hubungan Indonesia-China.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan