AM

Kerjasama Dengan China Perkukuh Pembangunan Malaysia: Pakar

27/08/2025 10:31 PM

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama-Xinhua) -- Kerjasama Malaysia dengan China akan memainkan peranan penting dalam pelaksanaan edisi terbaharu rancangan pembangunan negara yang bertujuan memajukan pembangunan sosioekonomi serta memperkukuh daya tahan negara, lapor Xinhua memetik seorang pakar.

Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), pelan pembangunan lima tahun terkini negara, memberi keutamaan kepada peningkatan kualiti penjagaan kesihatan, pembangunan modal insan berkemahiran tinggi melalui pembaharuan pendidikan, serta usaha meletakkan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam bidang kecerdasan buatan (AI), teknologi digital dan tenaga boleh diperbaharui - semua bidang yang telahpun dicapai dengan ketara oleh China dan berpotensi menjadi ruang kerjasama serta perkongsian pengetahuan, kata Lee Pei May dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam wawancara bersama Xinhua baru-baru ini.

“Dalam usaha peningkatan industri pembuatan dan peralihan hijau, Malaysia dan China sedang meneroka kerjasama dalam pengeluaran berkualiti tinggi serta pendidikan teknikal. Sokongan China dalam program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dijangka memperkukuh tenaga kerja mahir Malaysia dalam bidang seperti AI, kenderaan elektrik dan tenaga hijau,” katanya.

“Malaysia sedang mengambil langkah proaktif untuk mencari pasaran baharu dan mengembangkan hubungan perdagangan sedia ada, khususnya dengan China, bagi memastikan pertumbuhan berterusan dalam sektor bernilai tinggi dan inovatif,” katanya.

“Dengan memanfaatkan kepakaran China dalam bidang pembuatan, teknologi dan amalan mampan, Malaysia memajukan objektif RMK13 sambil membina ekonomi berdaya tahan yang mampu mengharungi ketidaktentuan global,” katanya lagi.

Kerjasama itu menunjukkan bagaimana jalinan strategik antara negara membangun dapat memacu pertumbuhan mampan, memperkukuh rantaian bekalan serantau dan meningkatkan daya saing dalam landskap antarabangsa yang kompleks, tambahnya.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan