DUNIA

Pelapor Khas PBB Kecam Wartawan Terus Diam Diri Pembunuhan Rakan Sekerja Di Gaza

26/08/2025 01:32 PM

ISTANBUL, 26 Ogos (Bernama-Anadolu) -- Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai wilayah Palestin yang diduduki mengecam wartawan yang memilih untuk berdiam diri berhubung pembunuhan beramai-ramai rakan sekerja mereka di Gaza dalam serangan udara Israel pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Sungguh memalukan wartawan yang tidak bersuara menentang pembunuhan beramai-ramai rakan Palestin mereka yang berani ketika mendokumentasikan genosid,” tulis Francesca Albanese di platform X.

Dengan menyiarkan semula gambar sebuah kamera yang ditemukan dari lokasi serangan itu - yang dirujuk dalam hantaran asal sebagai “Senjata Paling Ditakuti Israel” - beliau berkata ia suatu hari nanti patut dipamerkan di “Memorial Genosid” untuk memperingati “mangsa genosid Israel di Gaza yang tidak terhitung jumlahnya.”

Sekurang-kurangnya 52 rakyat Palestin, termasuk enam wartawan, terbunuh manakala puluhan lagi cedera dalam serangan terbaharu Israel di seluruh Semenanjung Gaza pada Isnin, menurut pasukan perubatan.

Kementerian Kesihatan berkata seramai 20 orang terbunuh, termasuk lima wartawan dan seorang anggota bomba, dalam serangan Israel ke atas Kompleks Perubatan Nasser di Khan Younis, selatan Gaza.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan