DUNIA

Lebih 1,200 Anggota Keselamatan Digerakkan Kawal Protes Di Jakarta

25/08/2025 05:20 PM

Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar

JAKARTA, 25 Ogos (Bernama) -- Polis Indonesia mengerahkan lebih 1,200 anggota keselamatan pada Isnin bagi  memelihara keselamatan dan ketenteraman awam  dalam satu protes berhampiran bangunan Parlimen di Jakarta.

Ketua Polis Jakarta Pusat, Pesuruhjaya Susatyo Purnomo Condro berkata dalam satu kenyataan  pasukan itu terdiri daripada polis, tentera dan pegawai kerajaan tempatan dan tidak membawa senjata api.

“Kami mahu memastikan acara ini berjalan dengan selamat dan teratur tanpa mengganggu aktiviti awam lain,” katanya sambil menambah operasi itu dilaksanakan secara berhemah dan berperikemanusiaan.

Protes berkenaan melibatkan beberapa gabungan masyarakat yang menyuarakan kebimbangan terhadap dasar-dasar yang dilihat menjejaskan orang ramai.

Orang ramai dinasihatkan mengelak daripada melalui kawasan parlimen dan menggunakan laluan alternatif dengan kawalan trafik disesuaikan mengikut keperluan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan