DUNIA

Dedikasi China Selaku Pengerusi Bergilir SCO Dihargai

25/08/2025 05:07 PM

BEIJING, 25 Ogos (Bernama - CMG) -- China berjaya menggalakkan kolaborasi antara negara-negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) dalam pelbagai bidang memperoleh pencapaian signifikan, kata Setiausaha Agung SCO Nurlan Yermekbayev.

Dalam satu temu bual menjelang Sidang Kemuncak SCO di Tianjin, Yermekbayev menzahirkan penghargaan terhadap dedikasi yang dicurahkan China selaku pengerusi bergilir SCO.

Beliau berkata sidang kemuncak kali ini diadakan bertepatan dengan ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia serta penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Persidangan berkenaan dijangka akan meluluskan siri dokumen penting, termasuk Deklarasi Tianjin serta strategi pembangunan SCO untuk 10  tahun akan  datang.

Menurut Yermekbayev, "Semangat Shanghai" yang menjadi asas SCO mengandungi enam prinsip utama iaitu saling percaya, saling untung, sama rata, berunding bersama, menghormati kepelbagaian tamadun dan mengejar pembangunan bersama. 

Beliau berpendapat bahawa pematuhan terhadap prinsip berkenaan membolehkan SCO menyerlahkan daya tarikan dan terus beroperasi dengan cekap.

"Presiden China Xi Jinping menyarankan Inisiatif Pembangunan Global (GDI) dan meletakkan kedamaian sebagai prasyarat pembangunan, manakala pembangunan adalah kunci untuk menyelesaikan semua masalah. 

"Pada masa sama, 'Semangat Shanghai' memastikan bahawa tiada 'negara besar' atau 'negara kecil', 'negara penting' atau 'negara tidak penting', dan semua anggota SCO adalah sama rata," katanya.

Untuk rekod, setakat 2024, jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara-negara SCO dicatat melebihi US$20 trilion.

– BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan