KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Liga Bolasepak Malaysia (MFL) melancarkan kempen 'Kita Tolak Budaya Buli' sebagai langkah proaktif membanteras isu buli yang semakin membimbangkan sejak kebelakangan ini.
Menerusi hantaran di laman Facebook hari ini, MFL memaklumkan pihaknya berdukacita dan prihatin dengan kejadian buli yang bukan sahaja meninggalkan kesan fizikal tetapi juga memberi impak emosi mendalam kepada mangsa bahkan sehingga meragut nyawa.
“Sehubungan itu, MFL mengambil inisiatif ini sebagai tanda komitmen bersama untuk menolak dan membanteras gejala buli sama ada di dalam mahupun luar padang bola sepak.
“MFL menyeru seluruh komuniti bola sepak termasuk pemain, jurulatih, pegawai serta penyokong untuk bersama-sama menyokong usaha ini.
"Hentikan budaya buli mulai daripada saat ini,” menurut MFL yang turut menegaskan bahawa bola sepak harus kekal menjadi platform perpaduan, kasih sayang dan semangat saling menghormati.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial