KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$122 bilion pada 15 Ogos 2025, berbanding US$121.3 bilion yang direkodkan pada 31 Julai 2025.
Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat berkata kedudukan rizab itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Komponen utama rizab ialah rizab mata wang asing (US$108.4 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.9 bilion), emas (US$4.1 bilion) dan aset rizab lain (US$2.3 bilion).
Jumlah aset sebanyak RM605.67 bilion, meliputi emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM515.65 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.61 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.78 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM27.48 bilion), tanah dan bangunan (RM4.57 bilion), dan aset lain (RM41.55 bilion).
BNM berkata modal dan liabiliti berjumlah RM605.67 bilion, meliputi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM194.59 bilion), mata wang dalam edaran (RM172.21 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM116.90 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM5.16 bilion), deposit-deposit lain (RM75.34 bilion), kertas Bank Negara (RM10.10 bilion), peruntukan SDR (RM27.77 bilion), dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.47 bilion).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial