AM

Laporan Cadangan Haramkan Vape Sedang Dilengkapkan - Dzulkefly

21/08/2025 07:06 PM

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Laporan terperinci berhubung cadangan pengharaman rokok elektronik atau vape sedang dilengkapkan jawatankuasa kepakaran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kata menteri berkenaan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Tanpa mendedahkan garis masa proses menyiapkan laporan itu, beliau berkata laporan berkenaan akan dibentangkan kepada jemaah Kabinet kelak.

Beliau berkata laporan itu turut mengambil kira penggunaan kandungan terlarang dalam cecair vape, termasuk dadah.

It is no longer if we ban, but when will we ban. Ini menjadi isi kepada laporan yang akan diangkat kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Kabinet.

“Perkara ini saya dah sebut beberapa kali dan saya ulang sekali lagi, langkah seterusnya adalah untuk mengharamkan (vape) yang dicemari (dengan dadah),” katanya ketika menggulung perbahasan usul  Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

--BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan