DUNIA

Zelenskyy Cadang Tiga Negara Neutral Sebagai Lokasi Sidang Kemuncak Dengan Putin

21/08/2025 06:17 PM

ISTANBUL, 21 Ogos (Bernama-Anadolu) -- Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy pada Khamis menamakan Turkiye, Austria dan Switzerland sebagai lokasi berpotensi bagi pertemuan bersemuka dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik agensi berita Ukraine.

“Kami percaya adalah wajar, dan pihak Eropah juga menekankan perkara ini, bahawa mesyuarat perlu diadakan di Eropah yang neutral. Kerana perang sedang berlaku di Ukraine dan di benua Eropah. Saya katakan bahawa kami setuju. Switzerland, Austria – kami setuju,” kata Zelenskyy dalam perbualan dengan wartawan pada Rabu, menurut agensi berita Interfax-Ukraine.

Zelenskyy turut menyebut Turkiye sebagai lokasi berpotensi untuk rundingan, dengan menyatakan bahawa ia adalah negara anggota NATO dan “sebahagian daripada Eropah.”

Beliau juga berkata bahawa mengadakan pertemuan “tanpa sebarang syarat khas juga merupakan tindakan proaktif pihak Ukraine,” sambil menolak Moscow sebagai lokasi berkemungkinan serta menggambarkan prospek Budapest sebagai “tidak mudah pada masa ini” berikutan pendirian Hungary terhadap perang itu.

-- BERNAMA-ANADOLU
 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan