KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin, menjejaki isyarat positif daripada rundingan Amerika Syarikat (AS)-Ukraine, yang mengehadkan potensi kenaikan emas seterusnya.
Menurut laporan perbincangan antara Presiden AS Donald Trump dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy mendorong Presiden AS itu mula mengatur rundingan antara Presiden Rusia Vladimir Putin dan Zelenskyy.
Sementara itu, pemain pasaran turut menunggu minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC), yang akan dikeluarkan pada 21 Ogos, serta ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan AS Jerome Powell di Simposium Jackson Hole pada 22 Ogos.
Pada penutup dagangan, kontrak semerta bulan Ogos 2025 susut kepada US$3,337.40 setiap auns troy daripada US$3,348.50 pada Isnin.
Kontrak September 2025 berkurang kepada US$3,342.80 setiap auns troy daripada US$3,353.90 semalam, Oktober 2025 merosot kepada US$3,372.20 setiap auns troy daripada US$3,383.30 sebelumnya, dan November 2025 turun kepada US$3,3890 setiap auns troy daripada US$3,400.10.
Sementara itu, kontrak Disember 2025, Februari 2026 dan April 2026 juga ditutup lebih rendah pada US$3,408.60 setiap auns troy berbanding US$3,419.70 pada Isnin.
Jumlah dagangan merosot kepada tiga lot daripada 11 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka berkurang kepada 38 kontrak daripada 45 kontrak sebelumnya.
Harga emas fizikal berada pada US$3,332.40 setiap auns troy mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 18 Ogos.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial