AM

PM Anwar Zahir Ucapan Takziah Kepada Kerabat Diraja Kedah

17/08/2025 10:22 AM

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh kerabat diraja Kedah atas kemangkatan kakanda kepada Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

"Merafak sembah takziah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman, serta seluruh Kerabat Diraja atas kemangkatan Yang Teramat Mulia Datuk Seri Tunku Sakinah Almarhum Sultan Badlishah.

"Semoga Allah SWT mencucuri rahmat, mengurniakan keampunan serta menempatkan Almarhumah Yang Teramat Mulia dalam kalangan para solihin. Al-Fatihah," kata beliau menerusi hantaran di Facebook.

Semalam, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Seri Bakar Din dalam satu kenyataan memaklumkan Tunku Sakinah mangkat pada usia 95 tahun di Villa Seri Tunku, Alor Setar, Kedah pada 6.35 pagi.

Jenazah Allahyarham dimakamkan di Makam Diraja Langgar.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan