AM

10 Kereta Rosak Akibat Pokok Tumbang Di Gunung Angsi

16/08/2025 05:01 PM

SEREMBAN, 16 Ogos ( Bernama) -- Sepuluh kereta mengalami kerosakan akibat dihempap pokok tumbang di Gunung Angsi Ulu Bendul, Kuala Pilah di sini hari ini.

Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Balai Bomba dan Penyelamat Seri Menanti Norhirwan Zainal berkata pihaknya menerima panggilan 11.05 pagi memaklumkan terdapat pokok tumbang dan membabitkan kenderaan awam.

Beliau berkata dalam kejadian tersebut tiga kereta pendaki remuk manakala tujuh kenderaan lain turut mengalami kerosakan akibat terkena kabel elektrik berpunca daripada tiang yang tumbang.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati berlaku kejadian pokok tumbang yang menghempap dua kereta Proton Saga serta satu Perodua Ativa.

“Tujuh kereta lagi mengalami kerosakan akibat terkena kabel elektrik. Pokok dan kabel elektrik telah dialihkan dan tiada sebarang kecederaan melibatkan mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Norhirwan berkata kerja pembersihan segera dijalankan oleh pihak bomba bersama pasukan utiliti dan pokok manakala kabel elektrik telah dialihkan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB).

 Operasi melibatkan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Menanti dengan bantuan satu jentera dan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4x4).

--BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan