AM

Agong Berkenan Beramah Mesra Dengan Pengunjung Di R&R Dusun Panti

15/08/2025 05:25 PM

MERSING, 15 Ogos (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan beramah mesra dengan pengunjung ketika berangkat ke restoran di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Dusun Panti, Jalan Kota Tinggi-Mersing hari ini. 

Menerusi kenyataan dimuat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda yang dalam perjalanan ke Mersing singgah di restoran berkenaan untuk santapan pagi.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut mesra oleh orang ramai. 

"Dengan penuh kemesraan, Seri Paduka Baginda turut meluangkan masa bergambar bersama sebuah keluarga yang baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata," menurut hantaran itu. 

Foto tersebut turut dimuat naik bersama hantaran berkenaan. 

-- BERNAMA 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan