KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja lelaki warga Mesir yang hilang sejak 21 Julai lepas.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata laporan kehilangan Youssef Sameh Sayed Khaled Abdelwahab, 17, dibuat pihak Universiti Taylor’s selepas keluarga remaja berkenaan tidak dapat menghubunginya.
“Youssef Sameh yang berketinggian 175 sentimeter, berat 60 kilogram dan berambut pendek hitam kerinting ialah bekas pelajar di universiti swasta berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-7862 7222 / 03-7862 7100.
– BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial