JENAYAH & MAHKAMAH

Pekerja Swasta Rugi RM3.1 Juta Diperdaya Pelaburan Saham Tidak Wujud

30/04/2025 06:15 PM

SEREMBAN, 30 April (Bernama) -- Seorang pekerja swasta kerugian RM3.1 juta selepas melabur dalam saham komunikasi, industri dan minyak yang didakwa beroperasi di China, tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata lelaki berusia 50 tahun itu berurusan dengan beberapa individu melalui WhatsApp bagi menyertai pelaburan berkenaan.

“Mangsa dimasukkan dalam kumpulan WhatsApp untuk menyertai pelaburan dan mula melabur pada 17 Dis tahun lepas. 

“Mangsa juga mendaftar di sebuah aplikasi yang memaparkan semua urusan pelaburan dan keuntungan diterima,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Mohammad Hatta berkata mangsa telah membuat 34 transaksi kewangan ke empat akaun didaftarkan atas nama syarikat dan perniagaan berbeza sebelum berasa ditipu kerana tidak dapat mengeluarkan keuntungan pelaburan itu.

Mangsa membuat laporan polis pada 17 April dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan