SEREMBAN, 11 Ogos (Bernama) -- Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS) akan melakukan pensampelan kedua bagi kupang dan kerang-kerangan di perairan Port Dickson esok, susulan bacaan biotoksin melebihi paras selamat dikesan dalam sampel pertama.
Pengarah JPNS Kasim Tawe berkata keputusan ujian makmal dari Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur (PBPKL) pada minggu lepas mendapati bacaan biotoksin melebihi 800 per bilion (ppb), menjadikan makan laut itu tidak selamat untuk dimakan kerana boleh menyebabkan masalah kesihatan.
“Kami akan mengambil sampel kedua pada esok pagi sebelum larangan rasmi dikeluarkan dan keputusan makmal dijangka pada Khamis atau Jumaat ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan agensi itu menasihatkan nelayan di perairan Port Dickson tidak mengutip, mengambil atau menuai kerang-kerangan termasuk kupang buat sementara waktu.
Sebelum itu, Persatuan Nelayan Kawasan Telok Kemang mendakwa mengesan fenomena yang dipercayai ledakan alga di Perairan Pasir Panjang.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial