AM

Harga RON95 Kekal, RON97 Dan Diesel Naik Tiga Sen Seliter

16/07/2025 05:51 PM

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga runcit RON97 meningkat tiga sen seliter daripada RM3.18 seliter kepada RM3.21, bagi tempoh 17 hingga 23 Julai. 

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan untuk tempoh sama, harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter, manakala di Semenanjung Malaysia naik tiga sen seliter daripada RM2.88 kepada RM2.91 seliter.

MOF memaklumkan penetapan harga itu berdasarkan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM). 

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit petrol RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” menurut kenyataan MOF.

Kementerian itu berkata kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan