SHAH ALAM, 2 Julai (Bernama) -- Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila tercampak ke dalam kawasan paya bakau selepas kereta dipandunya melanggar belakang sebuah lori di Jalan Pelabuhan Barat Telok Gong, Pelabuhan Klang dekat sini awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Indah bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 2.14 pagi.
"Sejurus tiba didapati kemalangan itu melibatkan dua kenderaan, iaitu kereta jenis Perodua Aruz telah melanggar sebuah lori… Pemandu kereta tercampak keluar dari kawasan kemalangan iaitu jambatan setinggi 25 kaki (7.62 meter) sebelum jatuh ke dalam kawasan paya bakau," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata operasi menyelamat tamat kira-kira dua jam kemudian selepas mangsa berumur 40 tahun yang mengalami cedera ringan itu berjaya dikeluarkan pada 4.12 pagi, dan diserahkan pada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial