DUNIA

Pelawat Muzium Lebih Ramai Daripada Penduduk Itali Buat Pertama Kali Pada 2024

13/05/2025 04:30 PM

ROME, 13 Mei (Bernama-dpa) -- Tapak budaya terkemuka Itali menarik lebih daripada 60 juta pelawat berbayar pada 2024, melebihi jumlah penduduk negara itu buat pertama kali, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Colosseum purba di Rome menjadi tarikan paling ramai dikunjungi, dengan 14.7 juta pemegang tiket, diikuti oleh Galeri Uffizi di Florence dengan 5.3 juta dan tapak arkeologi Pompeii dengan 4.3 juta pelawat.

Pelancong dari dalam dan luar Itali menyumbang lebih daripada €382 juta (US$424 juta) kepada pendapatan negara Itali, dengan Colosseum sahaja menjana lebih €100 juta.

Itali mempunyai kira-kira 59 juta penduduk dan menempatkan lebih daripada 400 muzium yang dikendalikan oleh kerajaan.

Jumlah pelawat meningkat sebanyak dua juta berbanding tahun sebelumnya, manakala hasil pendapatan bertambah sebanyak €68 juta, sebahagiannya disebabkan oleh kenaikan harga tiket.

Tidak termasuk dalam angka ini ialah Muzium Vatican tempat terletaknya Gereja Sistine, menyaksikan Paus Leo XIV baru-baru ini dipilih dan merupakan sebahagian daripada negara merdeka Vatican City.

Dengan lebih enam juta pelawat setiap tahun, Muzium Vatican diramal menduduki tempat kedua jika dimasukkan dalam senarai tarikan Itali.

--BERNAMA-dpa

 

TAG: Itali, budaya, pelawat, muzium


LES LZA KLS


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan