AM

Kepala Air: Seorang Maut, Seorang Hilang Di Air Terjun Kampung Sebat

12/04/2024 10:50 PM

KUCHING, 12 April (Bernama) -- Seorang lelaki maut manakala seorang lagi masih hilang dalam insiden kepala air di air terjun Kampung Sebat, Sematan, kira-kira 100 kilometer dari bandar raya ini petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 4.55 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu digerakkan ke lokasi berkenaan.

Menurutnya insiden tersebut melibatkan empat mangsa yang kesemuanya lelaki dengan dua daripada mereka berjaya diselamatkan orang kampung.

“Seorang mangsa juga berjaya dikeluarkan orang kampung namun disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala seorang lagi masih hilang.

“Usaha mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang ditangguhkan pada 7 malam tadi dan akan disambung esok,” menurut kenyataan itu. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan