EKONOMI

Meridian Bhd Diklasifikasi Sebagai Syarikat Pn17

10/04/2024 12:19 AM

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Meridian Bhd telah diklasifikasikan sebagai syarikat Nota Amalan 17 (PN17) berikutan mencetuskan kriteria PN17 Pasaran Utama Bursa Malaysia.

Pemaju hartanah itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Isnin berkata kriteria PN17 itu tercetus apabila juruaudit menyatakan penafian pendapat dalam penyata kewangan diaudit syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 Nov 2023, diumumkan pada 5 April 2024

Sementara itu, juruaudit luar Meridian -- Jamal, Amin & Partners dalam makluman berasingan kepada Bursa Malaysia pada hari sama telah menyatakan penafian pendapat dalam penyata kewangan diaudit syarikat bagi tahun kewangan berakhir 1 Julai 2022 hingga 30 Nov 2023.

"Berikutan kepentingan perkara yang diterangkan dalam asas bahagian penafian pendapat pada laporan kami, kami tidak dapat memperoleh bukti audit mencukupi yang sesuai untuk menyediakan asas bagi pendapat audit mengenai penyata kewangan ini," kata juruaudit itu.

Berikutan kemasukan dalam kategori PN17, Meridian berkata ia sedang mengkaji untuk menetapkan pelan regularisasi untuk menangani status itu.

Bursa Malaysia dalam kenyataan berasingan hari ini berkata ia akan terus memantau perkembangan Meridian mengenai pematuhannya dengan keperluan penyenaraian Pasaran Utama.

Menurut laman web Bursa Malaysia, Meridian adalah kemasukan terbaru dalam senarai 25 syarikat PN17.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan