DUNIA

Angka Korban Warga Palestin Lepasi Angka 33,000 Akibat Serangan Berterusan Israel Di Gaza

04/04/2024 10:17 PM

BANDARAYA GAZA, 4 April (Bernama-Anadolu) -- Sekurang-kurangnya 33,037 warga Palestin maut dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas, kata Kementerian Kesihatan di kawasan enklaf yang dikepung itu pada Khamis, lapor Agensi Anadolu (AA) .

Menurut kenyataan kementerian itu seramai 75,668 rakyat Palestin juga cedera dalam serangan itu.

“Serangan ke atas Israel membunuh sekurang-kurangnya 62 orang dan 91 lagi dalam tempoh 24 jam lepas,” katanya.

“Masih ramai yang terperangkap di bawah runtuhan dan penyelamat tidak dapat sampai kepada mereka,” kata kementerian itu lagi.   

Serangan Israel yang memasuki 181 hari telah mengakibat 85 peratus penduduk Gaza hilang tempat tinggal selain berhadapan kekurangan makanan, air bersih dan bekalan ubat-ubatan yang akut sementara 60 peratus daripada infrastruktur enklaf itu rosak atau musnah, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 

Israel didakwa melakukan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang pada minggu lepas mengarahkannya supaya bertindak untuk mengelakkan kebuluran di Gaza.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan