SUKAN

Rasai Pengalaman Bermain Golf Di Menara Kbs

02/04/2024 12:26 AM

PUTRAJAYA, 1 April (Bernama) -- Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini akan dilengkapi dengan simulator golf bagi memberikan akses kepada penjawat awam dan rakyat untuk merasai sendiri pengalaman bermain sukan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Padang Golf Subang (PPGS) Megat Mohd Shahrin Mohamed Hamdan berkata kemudahan itu selari dengan inisiatif ‘Sukan untuk Semua’ dan program Rakan Muda Aktif dan Rakan Digital yang sedang giat diketengahkan KBS.

Beliau berkata simulator itu yang dijangka boleh digunakan selepas Aidilfitri ini disediakan secara percuma bagi enam bulan pertama untuk menggalakkan penyertaan masyarakat sebelum bayaran dengan harga berpatutan dikenakan selepas tamat tempoh berkenaan. 

“Di luar sana mungkin RM70 hingga RM80 namun di sini (mungkin) RM10 bagi setengah jam,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran simulator itu di sini hari ini.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh merasmikan majlis berkenaan yang turut dihadiri timbalannya Adam Adli Abd Halim.

Megat Mohd Shahrin berkata projek berkenaan hasil kerjasama PPGS yang merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan di KBS dan iDataRaya Sdn Bhd.

“Harapan saya supaya stigma sukan golf adalah sukan elitis di negara ini dapat diketepikan dengan adanya projek seperti ini di bawah PPGS dan KBS dengan bantuan pihak swasta,” katanya. 

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan