KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, berkenan berbuka puasa bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini hari ini.
Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, keberangkatan tiba Sultan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat PDRM disambut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan Peguam Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.
Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Ruji Ubi dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah turut berkenan menunaikan solat fardhu Maghrib secara berjemaah bersama para hadirin di Masjid Sallehin, Pulapol.
Seri Paduka Baginda berdua kemudian berangkat ke Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim bagi majlis berbuka puasa.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial