KANGAR, 22 Mac (Bernama) -- Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyalurkan bantuan zakat fitrah sebanyak RM5,998,500 untuk tahun 2024 kepada 11,997 penerima daripada golongan fakir miskin.
Menurut MAIPs dalam kenyataan bantuan itu diagihkan kepada lima zon kariah di negeri itu iaitu zon utara, selatan, timur, barat dan zon tengah.
“Untuk rekod, seramai 2,056 penerima di zon utara melibatkan agihan sebanyak RM1,028,000, di zon selatan melibatkan agihan RM1,341,000 untuk 2,682 penerima, zon timur (RM1,187,500 untuk 2,375 penerima), zon barat (RM1,116,500 untuk 2,233 penerima), zon tengah (RM1,325,500 untuk 2,651 penerima),” menurut MAIPs.
Kenyataan itu memaklumkan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang DiPertua MAIPs berkenan menyempurnakan simbolik agihan itu pada suatu majlis di Masjid Muhammadiyah Guar Gajah, Arau semalam.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial