AM

Prihatin, Public Gold Lancar Wafer Emas Untuk Tabung Kasih Prihatin

21/03/2024 10:09 PM

KUALA LUMPUR 21 Mac (Bernama) -- Yayasan Prihatin Nasional (Prihatin) dengan kerjasama Kumpulan Public Gold melancarkan wafer emas bagi mengumpul dana Tabung Kasih Prihatin untuk aktiviti dan program yayasan berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional Datuk Aizuddin Ghazali berkata wafer emas “Prihatin Duo Hearts” yang dilancarkan hari ini boleh dijadikan simpanan jangka panjang selain sebagai hadiah yang boleh dipindah milik daripada satu generasi ke satu generasi.

“Penghasilan wafer emas 'Prihatin Duo Hearts' yang direka dalam bentuk hati ini diharapkan dapat menarik minat pengumpul emas tegar kerana rekaan berkenaan kali pertama dihasilkan.

“Rekaan hati ini dipilih kerana melambangkan kesucian dan keikhlasan hati pembeli, sedikit sebanyak hasil pembelian ini akan disalurkan ke Tabung Kasih Prihatin,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Majlis pelancaran itu dirasmikan oleh Puteri Raja Muda Perlis Tengku Sharifah Khatreena Nuraniah Tuanku Syed Faizuddin Jamulallail.

Dalam majlis yang sama, Prihatin turut mengadakan majlis iftar perdana peringkat Wilayah Persekutuan bagi meraikan anak-anak yatim, pelajar tahfiz serta ibu tunggal yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan