DUNIA

Lanun Somalia Hubungi Pemilik Kapal Kargo Bangladesh Yang Dirampas

21/03/2024 10:34 AM

DHAKA, 21 Mac (Bernama-Xinhua) -- Lanun Somalia yang disyaki merampas kapal berbendera Bangladesh MV Abdullah telah menghubungi pemilik kapal itu buat kali pertama, kata seorang pegawai di sini.

Panggilan itu dibuat kira-kira seminggu selepas kapal kargo berkenaan dirampas di Lautan Hindi pada 12 Mac manakala kesemua 23 kru dijadikan tebusan.

Kapal itu dimiliki oleh SR Shipping Limited, anak syarikat kumpulan KSRM Bangladesh.

Jurucakap Kumpulan KSRM, Mizanul Islam pada Rabu berkata lanun telah menghubungi mereka melalui pihak ketiga tanpa sebarang tuntutan wang tebusan, lapor Xinhua.

Beliau berkata tuntutan tebusan mungkin akan dibuat semasa perbincangan akan datang sekiranya ada.

 MV Abdullah ketika kejadian sedang berlayar dari Pelabuhan Maputo di Mozambique ke Pelabuhan Al Hamriyah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan mengangkut 58,000 tan arang batu.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan