AM

Perolehan Kumpulan Kedua Tiga Lms Dijangka Dimuktamadkan Tahun Ini -- Khaled

17/03/2024 10:12 PM

JOHOR BAHRU, 17 Mac (Bernama)  -- Kementerian Pertahanan menjangkakan perolehan kumpulan kedua bagi tiga Kapal Misi Pesisir (LMS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dapat dimuktamadkan pada tahun ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pembinaan LMS dijangka akan mengambil masa tiga tahun selepas proses perolehan tersebut selesai.

Beliau berkata pihaknya pada masa sama akan terus memberikan fokus terhadap proses pembinaan lima Kapal Tempur Pesisir (LCS) dengan satu daripadanya dijangka akan menjalani ujian pemasangan sistem dan peralatan iaitu Harbour Acceptance Test serta Sea Acceptance Trial pada November ini.

Berliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa Menteri Pertahanan Bersama Warga TLDM di Pangkalan TLDM Johor Bahru, di sini hari ini.

Turut hadir Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob, Panglima Armada Barat Laksamana Madya Datuk Shamsuddin Ludin dan Panglima Pasukan Simpanan TLDM Laksamana Pertama Azeman Yusoff.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan