AM

Japen Dalam Proses Selaras Sop Kpm Termasuk Tempoh Sah Laku

05/03/2024 11:20 PM

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) sedang menyelaras prosedur operasi standard (SOP) kad perakuan media (KPM) JaPen termasuk berkaitan tempoh sah laku kad berkenaan.

JaPen dalam kenyataan malam ini memaklumkan bahawa walaupun proses penyelarasan itu akan mengambil sedikit masa, pengamal media masih boleh memperbaharu kad perakuan media mereka yang telah tamat tempoh.

“Penyelarasan ini juga mengambil kira dokumen Kod Etika Wartawan Malaysia (KEWM) Malaysian Press Institute (MPI) yang telah dikemas kini baru-baru ini.

“Sebaik sahaja proses penyelarasan SOP kad perakuan media ini selesai, JaPen akan mengemas kini segala maklumat yang berkaitan dalam sistem eMedia JaPen yang boleh diakses melalui https://emedia.penerangan.gov.my,” menurut kenyataan itu.

Menurut JaPen, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil semasa majlis peluncuran Pengemaskinian Kod Etika Wartawan pada 20 Feb lepas turut meminta JaPen agar meneliti semula tempoh sah laku KPM JaPen bagi media antarabangsa dan media dalam talian.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan