AM

Raja Norway, Raja Harald V Dirawat Di Hospital Malaysia

28/02/2024 10:38 AM

OSLO, 27 Feb (Bernama-Xinhua) -- Raja Norway, Raja Harald V telah dimasukkan ke hospital di Malaysia kerana mengalami jangkitan, menurut kenyataan pihak Istana Norway pada Selasa, lapor Xinhua.

“Raja telah jatuh sakit semasa percutiannya di Malaysia dan dimasukkan ke hospital di sana kerana  mengalami jangkitan.

"Raja mendapat penjagaan yang baik daripada kakitangan perubatan Malaysia dan Norway," menurut kenyataan itu.

Raja berusia 87 tahun itu dalam lawatan peribadi ke Malaysia.

Dilahirkan pada 21 Feb 1937, Raja Harald V menaiki takhta Norway pada tahun 1991.  

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan