AM

Jenazah Tun Abdul Taib Mahmud Dibawa Ke Masjid Negara

21/02/2024 09:57 AM

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Jenazah bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, 87, yang meninggal dunia awal pagi tadi di sebuah hospital swasta di sini, dibawa ke Masjid Negara untuk disolatkan.

Jenazah bekas Ketua Menteri Sarawak itu dibawa menggunakan kenderaan milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada pukul 9.05 pagi.

Abdul Taib meninggal dunia di hospital berkenaan pada 4.40 pagi tadi selepas kira-kira seminggu menerima rawatan di hospital berkenaan.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Negara bagi tujuan pengurusan kematian sebelum dibawa ke Kuching untuk disemadikan.

Terdahulu, perkarangan hospital berkenaan mula dipenuhi dengan kunjungan ahli keluarga dan sahabat Allahyarham.

Antara yang berada di hospital adalah Timbalan Menteri Ekonomi yang juga anak perempuan Allahyarham Datuk Hanifah Hajar Taib dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan