Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar
JAKARTA, 15 Feb (Bernama) -- Sekurang-kurangnya 62 penyokong calon legislatif cedera dalam pertempuran di sembilan lokasi di Puncak Jaya, Papua Tengah, semasa Pilihan Raya Umum pada Rabu.
Polis Puncak Jaya berkata pertempuran antara penyokong yang menggunakan pelbagai senjata seperti anak panah, pisau dan parang, berlaku di Wonwi, Dokome, Yaimo, Pagaleme, Mulia, Yambi, Irimuli, Muara dan Illu.
"Insiden pertama berlaku di Wonwi pada pukul 10 pagi waktu tempatan, berpunca daripada pertikaian mengenai undi untuk calon mereka," kata Asisten Komisioner Polis Kuswara dalam satu kenyataan.
Pihak berkuasa berjaya mengawal keadaan dan memastikan proses pengundian diteruskan dengan selamat.
Selain itu, media tempatan melaporkan kekecohan di 13 pusat mengundi di Bima, Nusa Tenggara Barat, apabila beberapa individu merosakkan dan membakar peralatan selepas pengiraan undi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial