ISLAMABAD, 8 Feb (Bernama-Xinhua) -- Sehari sebelum pilihan raya umum Pakistan, dua letupan kuat melanda pejabat kempen pilihan raya di wilayah Balochistan barat daya negara itu pada Rabu, mengorbankan sekurang-kurangnya 26 orang manakala lebih 45 lagi cedera.
Pengeboman menyasarkan pejabat calon yang bertanding di daerah Pishin dan Qila Saifullah, kata Ketua Polis Balochistan Abdul Khalique Shaikh kepada Xinhua.
Insiden pertama di Pishin mengorbankan sekurang-kurangnya 14 nyawa manakala lebih 25 lagi cedera.
Sementara itu, sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan lebih 20 lagi cedera dalam letupan kedua di daerah Qila Saifullah.
"Serangan pengganas" berlaku apabila sejumlah besar penyokong pemimpin politik berkumpul untuk mengadakan mesyuarat.
Pasukan keselamatan dan anggota penyelamat bergegas ke lokasi kejadian dan memindahkan mangsa yang cedera ke hospital berdekatan.
Agensi penguatkuasa undang-undang, polis dan skuad pemusnah bom bertindak mengawal kawasan terbabit dan mengumpul bahan bukti bagi menyiasat punca kejadian.
--BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial