AM

Majlis Graduasi Pelajar - Jpn Negeri Keluar Surat Arahan Panduan Penganjuran

30/01/2024 10:39 AM

ALOR GAJAH, 30 Jan (Bernama) -- Jabatan Pendidikan negeri Melaka akan mengeluarkan satu surat arahan mengenai panduan bagi penganjuran majlis graduasi pelajar di peringkat sekolah. 

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata ia adalah sebagai langkah bagi mengelakkan ibu bapa terbeban dengan penganjuran majlis tersebut. 

"Saya akui majlis seperti ini (yang dianjurkan) di hotel seolah-olah menjadi trend pada masa kini terutama di sekolah rendah dan terdapat maklum balas daripada ibu bapa menyatakan ia agak membebankan. 

"Kami tidak menghalang namun bagi pihak saya, perkara ini tidak digalakkan kerana majlis tersebut boleh saja dilakukan dalam keadaan sederhana," katanya ketika ditemui selepas menyantuni pelajar peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, di sini hari ini. 

Beliau berkata sebagai mengulas mengenai rungutan ibu bapa mengenai penganjuran majlis graduasi murid oleh pihak sekolah di hotel yang dianggap membebankan. 

Terdahulu seramai 12,900 pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di 103 pusat peperiksaan di seluruh Melaka. 

Turut menduduki SPM adalah 65 calon berkeperluan khas seperti masalah penglihatan, pendengaran, fizikal dan autisme manakala empat calon menduduki di hospital kerana masalah kesihatan.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan